Monday 28 April 2014

Checklist Keperluan Untuk Mengerjakan Umrah

Waktu-waktu begini, bermula dari Februari sehinggalah bulan Ogos ramai yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah (bulan puasa ni lagi laaa ramai kan, insan terpilih yang dijemput Allah ke rumahNya). Alhamdulillah... Semoga kami sekeluarga pun akan segera dijemputNya.
Jadi, kali ni untuk memudahkan mereka yang ingin mengerjakan umrah maka entry kali ni kita cerita tentang keperluan asas apa yang perlu dibawa untuk mengerjakan umrah.

 Dokumen Yang Diperlukan
  • 4 keping gambar berukuran passport
  • 4 keping gambar berukuran visa
  • Passport antarabangsa yang sah tempoh laku tidak kurang dari 6 bulan dari tarikh penerbangan dan 6 muka surat kosong
  • Buku suntikan ACYW 135 dari klinik swasta atau kerajaan 

Dokumen Yang Diperlukan Bagi Jemaah Wanita
  • Salinan surat nikah jika pergi bersama suami
  • Salinan sijil kematian suami jika suami telah meninggal dunia
  • Salinan sijil kelahiran jemaah dan waris jika pergi bersama adik/abang/bapa
  • Salinan sijil nikah dan kad pengenalan suami jika pergi tanpa suami
  • Salinan sijil kelahiran jemaah, waris dan salinan kad pengenalan waris jika pergi tanpa adik/abang/bapa
  • Salinan sijil kelahiran anak lelaki jika pergi bersama anak lelaki berumur 18 tahun ke atas



Persiapan Material Bagi Jemaah Lelaki
  • Kain Ihram - 1 pasang
  • Kain Pelikat -2 helai
  • Tali Pinggang - 1 utas
  • Jubah - 2 pasang
  • Baju Sejuk / Sweater - 1 helai
  • Seluar Panjang - 3 helai
  • Single Poket / Zip - 2 helai
  • Tuala mandi - 1 helai
  • Songkok / kopiah / tasbih - 2 biji
  • Selipar getah / sandal - 1 pasang
  • Kasut - 1 pasang
  • Sarung kaki - 2 pasang
  • Buku panduan Haji / Umrah - 1 buah
  • Ubat gigi / Berus Gigi / Sabun Mandi
  • Gunting kecil untuk tahallul (simpan dalam kargo)
  • Buku-buku doa (mengikut keperluan)
  • Minyak angin / ubat-ubatan / suplemen
  • Cermin mata tambahan bagi yang bercermin mata
  • Keperluan-keperluan lain yang difikirkan perlu

Persiapan Material Jemaah Wanita
  • Telekung Sembahyang - 1 pasang
  • Mini telekung - 2 helai
  • Baju kurung - 1 helai
  • Jubah putih/hitam - 2 helai
  • Tshirt - 1 helai
  • Baju sejuk/ sweater - 2 helai
  • Tuala mandi - 2 helai
  • Sarung kaki - 1 pasang
  • Sarung tangan - 1 pasang
  • Selipar getah / sandal - 1 pasang
  • Buku panduan haji / umrah
  • Ubat gigi/ berus gigi/ sabun mandi
  •  Minyak angin / ubat-ubatan / suplemen


Cadangan Suplemen Shaklee Semasa Umrah
 

 vitamin umrah


Memandangkan cuaca sekarang tak menentu, tambah-tambah lagi suhu dan iklim yang berbeza dari Malaysia, maka elok kiranya kita mengambil langkah untuk berikhtiar dengan suplemen ni. Ya la, sakit pening tu memang Allah dah tentukan, tapi tak salah sekiranya kita berusaha kan?

Set Umrah ni boleh membantu kita kekal bertenaga, membantu mengekalkan benadalir dalam badan, dan juga bantu untuk tingkatkan imun tubuh kita. Jadi mudah-mudahan takdela kita demam ke, selsema ke pening kepala ke masa kat sana.. Salah satu ikhtiar kan?
Jadi, sekiranya anda bakal ke Tanah Suci dan masih lagi belum mendapatkan suplemen ni, boleh hubungi saya untuk dapatkannya. Juga, sekiranya bercita-cita nak mengerjakan umrah, tapi tak tau nak hubungi siapa, juga boleh hubungi saya memandangkan saya merupakan ejen umrah bagi Syarikat Ukhwah Harmoni Travel & Tours Sdn Bhd. Insya Allah, saya akan bantu.
Boleh call saya sekarang!!
iR Efie Muhamad 

ID Shaklee: 869620

019-9890707


Badal / Upah Haji

 Assalamualaikum....

Alhamdulillah, masih lagi depanjangkan usia kita oleh Allah untuk kita mohon keampunan dariNya atas dosa-dosa kita yang lalu.. Juga untuk kita beribadah padanNya sebagai saham untuk kita ke sana...

Mungkin ada antara ahli keluarga kita, mak ayah kita yang dijemput pulang kepadaNya tanpa sempat untuk menunaikan rukun Islam yang ke 5. Juga, mungkin ada di antara mak ayah kita yang masih lagi ada, tapi tetap tak berupaya untuk ke sana.. Maka, kita sebagai anak, mungkin boleh menunaikan hak mereka itu dengan membuat upah haji untuk mereka. Semoga itu dinilai Allah sebagai salah satu cara untuk kita berbakti kepada ibu bapa kita.




Dalil Al-Quran:

"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia(beribadat kepada Tuhannya-Allah)ialah baitullah yang di Mekah,yang berkat dan(dijadikan)petunjuk bagi umat manusia.Padanya ada tanda-tanda yang nyata (antaranya ialah)Maqam Nabi Ibrahim.Dan sesiapa yang masuk di dalamnya,aman dan tenteramlah dia.Dan mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi mereka yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah.Dan sesiapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah maha kaya (tidak berhajat sesuatupun) dari sekalian makhluk."
                                                                                                   (Surah Ali Imran: 96-97)





Dalil as-sunnah:

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda: "Islam dibina atas lima perkara:
menakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah,mendirikan solat,meneluarkan zakat,puasa pada bulan ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah bagi yang mampu melalukannya."
                                                                                           (Riwayat Bukhari dan Muslim)



    
    PAKEJ UNTUK BADAL HAJI

      * Satu Haji
      * Satu Umrah
      * Tahlil  
      * Khatam Quran 
      * Sijil
      * Cenderahati


              RM 1500 SEORANG

Boleh hubungi saya Efie Muhamad di 019-9890707 untuk maklumat lanjut.